Kursus Train the Trainer (TTT) - Open Broadcaster Software

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Mac 2022, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Sibuluh telah mengikuti Kursus Train the Trainer- Open Broadcaster Software (OBS). Ianya adalah sebuah kursus berkenaan aplikasi Live Streaming dan rakaman video popular yang menawarkan ciri menarik serta bermanfaat bagi semua kakitangan PEDi di dalam sebarang anjuran program yang akan datang. Kursus ini telah dikelolakan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semenyih untuk pembangunan kendiri kakitangan dan organisasi.

Antara aktiviti dan fokus pembelajaran adalah:
1. Carian, muat turun OBS
2. Pengenalan
3. Setting
4. Pengenalan mengenai ‘’Scene dan Source”
5. Penggunaan Green screen dan Virtual camera
6. Jalinan/ Sambungan OBS ke Google Meet, Zoom meeting dan StreamYard
7. Latihan, Pertanyaan dan maklum balas kursus.
Kakitangan PEDi Sibuluh berbesar hati dapat memperoleh ilmu baharu selain dapat mengaplikasikan seiring perkembangan semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali